Isnin, 20 Jun 2016

KELAS PREPARATION (PREP) ASRAMA SAMAWAT













Pada hari Selasa 20 Jun 2016, bersamaan 15 Ramadhan, Jam 10.00 malam pelajar-pelajar asrama putera dan puteri  SAMAWAT tetap tekun menjalankan kelas "prep" ( persediaan ) bagi menyiapkan kerja rumah (homework), menghafaz, mengulang kaji pelajaran dan bermuzakarah.

Alhamdulillah, Selepas solat sunat terawih, Guru Disiplin sempat memantau perjalanan kelas tersebut. Didapati kelas berjalan baik dan lancar seperti biasa walaupun di bulan Ramadhan.

Ini  lah harapan guru ingin melihat pelajar-pelajar SAMAWAT terus istiqamah belajar bersungguh-sunguh dengan tidak membuang masa membuat kerja yang tidak berfaedah.

Diharap semua para pelajar dapat mencapai " Fauqa Sabiin " ( atas 70% ) setiap mata pelajaran dan mencapai target yang ditentukan oleh pihak sekolah..


Daripada: Ahmad Kamal Arrifin bin Mohd Ali

Tiada ulasan:

Catat Ulasan